December 23, 2014

Tokan Dadah & Pelacur Warga Asing Dicekup Dalam OPS NODA


Gara-gara ghairah berhibur sambil berkhayal, 4 individu termasuk tokan dadah ditahan dalam serbuah Ops Noda di sebuah Pusat karaoke di Bandar Mahkota Cheras, Kajang malam tadi. 

Kesemua suspek berusia 20an itu diberkas bersama 19 pelacur Vietnam yang turut bekerja di premis terbabit.

50 Pelanggan Terkejut

Serbuan Bahagian Maksiat D7 Bukit Aman diketuai Inspekor Razali Md. Kassim turut mengejutkan lebih 50 pelanggan. Ketika diserbu, kebanyakkan pelacur terbabit ada di setiap bilik karaoke sedang menari bersama pelanggan. Hasil semakan, mereka menyalah-gunakan pas lawatan sosial.

Puluhan biji pil ecstacy dan beberapa peket kecil syabu ditemui pada salah seorang suspek terbabit. Dadah berkenaan disyaki dijual kepada pelanggan dengan harga 50 ringgit sebiji.

Manakala pelacur terbabit boleh dibawa ke hotel bajet berdekatan dengan pakej seks sekitar 150 hingga 200 ringgit sekali perkhidmatan.

Polis masih menyiasat di mana bekalan dadah diperolehi. Pelanggan dan penjaga premis ditahan untuk saringan air kencing. Kesemua tangkapan dibawa ke IPD Kajang untuk tindakan lanjut.







Sumber artikel: mklcrimedesk.com.

No comments:

Post a Comment