Minggu ke-7 Maharaja Lawak Mega 2014 menyaksikan perjalanan
kumpulan Shake berakhir apabila diumumkan sebagai kumpulan yang mendapat
kutipan undian paling rendah. Malam bertemakan ‘Lawak Bermoral’ seakan
tidak menjadi buat Shake apabila isu yang cuba diketengahkan mereka
tidak mendapat perhatian juri.
Berbeza pula buat kumpulan SYJ yang berjaya menambat hati juri
menerusi sketsa hebat mereka. Namun apa yang lebih mendapat perhatian
ialah lawak bermoral daripada SYJ yang diselitkan dengan sindiran kepada
juri. Sindiran yang macam mana ye?
Menampilkan sketsa ‘pil tak ketegaq’, kumpulan SYJ dilihat antara
kumpulan yang menyinar pada pada malam itu sehinggakan mendapat 5
bintang. Mana tidaknya cerita-cerita bermoral yang dimuatkan di dalam
sketsa mereka dilihat cukup dekat di hati penonton.
Tapi dalam lawak ada sindiran! Pada satu ketika, Syuk secara spontan menyindir Farah Quinn agar bertanya kepada Datuk Jalal sekiranya tidak faham lawak yang cuba disampaikan.
Ada rasionalnya sindiran Syuk tersebut memandangkan faktor bahasa yang berbeza menyukarkan Farah Quinn untuk memahami bahasa Malaysia dengan bagus. Malah kredibiliti Farah Quinn juga pernah dipertikai. Iyalah macam mana nak bagi bintang kalau lawak pun tak faham kan?

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari! Ingatkan
Farah Quinn seorang je yang ‘disentuh’ oleh SYJ, rupanya Fazura pun tak
terkecuali.
Menerusi cerita ketiga SYJ yang mengetengahkan tentang penjurian di dalam pertandingan, Jihan dilihat cuba meniru gaya Fazura. Cerita yang ditampilkan agak bersahaja, padat dan penuh dengan sindiran! Hasilnya SYJ berjaya mendapat 5 bintang daripada Fazura sendiri.
Nampaknya minggu ni bukan sahaja penonton yang mendapat pengajaran berguna daripada sketsa kumpulan yang bertanding, juri pun ada bahagian mereka. Haha nasib lah.

No comments:
Post a Comment