Juri-juri Maharaja Lawak Mega 2014 Menakutkan – Afdlin Shauki
Juri-juri Maharaja Lawak Mega 2014 Menakutkan – Afdlin Shauki Sejak program lawak seperti Maharaja Lawak Mega diperkenalkan oleh Astro, senario persembahan lawak di Malaysia telah bertukar. Semakin ramai pelawak baru muncul dan mereka juga sering menjadi pilihan untuk menjadi deejay radio utau pengacara kerana kebolehan berjenaka untuk menghiburkan penonton.
Program ini telah menukar juri program untuk musim ini kepada Datuk Jalaludiin Hassan, Fazura, Farah Quinn dan Taufik Batisah. Mereka ini datangnya dari bidang yang berlainan dari bidang jenaka dan boleh dikatakan terkenal dalam bidang mereka iaitu lakonan, kulinari dan nyanyian.
Namun kebelakangan ini terdengar suara-suara penonton yang memberi kritikan terhadap penjurian Maharaja Lawak Mega. Malah, juri-juri ini juga dikritik oleh bekas peserta Maharaja Lawak Mega iaitu Afdlin Shauki yang nyata tidak senang dengan corak ‘pemberian bintang’ bagi persembahan dalam program tersebut.
Tweet oleh Afdlin mendapat reaksi dari peminat yang ratanya bersetuju dengan beliau. Ada yang menganggap juri memberi bintang secara berat sebelah, tidak adil dan ada juga mempersoalkan mengenai sikap juri yang tidak gemar dijadikan bahan lawak oleh peserta.
Malah, ada peserta yang lebih menunjukkan skil nyanyian mendapat bintang yang tinggi manakala mereka yang tidak menunjukkan bakat nyanyian pula mendapat kurang bintang. Peminat mempersoalkan adakah skil nyanyian relevan dengan penjurian untuk sebuah program lawak jenaka.
Dan khabarnya juga, walaupun sebilangan penonton merasakan yang persembahan peserta kelakar, tetapi juri mengatakan tidak lawak pula. Akhirnya peminat terus mempersoalkan kredibiliti juri untuk menghakimi pertandingan lawak.
Apa pun rancangan ini kekal antara rancangan paling popular dan diperkatakan oleh peminat. Bagaimana pendapat anda, adakah juga merasakan penjurian MLM 2014 tidak adil? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
No comments:
Post a Comment