Tabiat melihat klip video lucah melalui telefon bimbit dengan kawan di
sekolah menyebabkan seorang pelajar sekolah terpengaruh melakukan
hubungan seks bersama teman lelaki yang baru dikenali bulan lalu.
Tanpa rasa takut perbuatannya diketahui keluarga, mangsa mencuri keluar
pada tengah malam Rabu lalu, selepas menerima khidmat pesanan ringkas
daripada teman lelaki yang dikenali sebagai Arif.
Pelajar berusia 14 tahun dari Kampung Kerandang, Besut, menyelinap
keluar secara sembunyi ketika keluarganya tidur di bilik masing-masing
dan menemui teman lelakinya yang menunggu di hadapan rumah dengan
motosikal sebelum dibawa ke sebuah wakaf di tengah sawah padi di Kampung
Gerong di Jertih.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria, berkata
apabila sampai di wakaf terbabit, suspek mengajak mangsa melakukan seks
dengannya.
Mangsa dikatakan dirogol beberapa kali di tempat berkenaan sebelum dihantar pulang pada pagi keesokan harinya.
Kamaruddin berkata, berasa syak dengan kepulangan anak gadisnya pada
pagi berkenaan, bapa mangsa yang berusia 39 tahun menyoal siasat anaknya
sebelum pelajar itu mengaku mencuri keluar untuk bertemu teman
lelakinya tanpa pengetahuan keluarga.
Marah dengan kejadian itu, bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis
Kampung Raja pada pagi hari sama, sementara mangsa dihantar menjalani
pemeriksaan kesihatan di Hospital Besut selepas itu.
Kamaruddin berkata, laporan kesihatan kemudian mengesahkan mangsa
dirogol dan berikutan itu polis sedang memburu seorang lelaki dikenali
sebagai Arif untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun
Keseksaan kerana merogol.
Suspek dipercayai menghilangkan dirinya selepas kejadian itu.
No comments:
Post a Comment