MOHD Nazir (kiri) dan Mohd Zafirul selepas diselamatkan. |
Dungun: Dua lelaki terpaksa berpaut 18 jam pada sebatang pokok sebelum
ditemui pasukan penyelamat kira-kira jam 12 tengah hari semalam.
Mohd Nazir Mamat, 33, dan anak saudaranya, Mohd Zafirul Izhan, 19,
dihanyutkan arus selepas bot gentian kaca dinaiki mereka terbalik, dalam
kejadian di Kampung Padang Ping, Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS),
dekat sini, petang semalam.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Bandar AMBS, Imran Ismail
berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan
mengambil ahli keluarga mereka berikutan banjir di kampung berkenaan,
kira-kira 6 petang.
“Dalam
perjalanan, bot mereka terbalik dan kedua-dua mangsa dihanyutkan arus
deras sebelum mereka sempat mencapai dahan dan berpaut pada sebarang
pokok,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya yang menerima panggilan kira-kira 11 pagi ini,
bergegas melancarkan gerakan mencari dan menyelamat membabitkan kekuatan
12 anggota dengan kerjasama polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Pasukan penyelamat menemui mangsa yang sedang berpaut pada sebatang
pokok. Ketika ditemui, kedua-dua mangsa dalam keadaan tidak bermaya dan
kesejukan.
“Kedua-dua mereka yang berpaut selama 18 jam pada pokok itu, kemudiannya dibawa ke Kampung Dendang dekat sini,” katanya
No comments:
Post a Comment