KOTA BHARU - Akibat keterlanjuran diri bersama teman lelaki serta
desakan hidup selepas dihalau keluarga dari rumah, seorang gadis sanggup
menjual diri untuk menyara kehidupannya.
Dikenali dengan panggilan Sa, gadis berusia 21 tahun dari Bachok ini
berkata, bagi meneruskan kelangsungan hidup, dia terpaksa melakukan
kerja itu setelah dijual kepada ‘bapa ayam’ oleh rakan lelaki yang
dikenalinya tidak sampai setahun.
Menceritakan detik dia terjerumus dalam kancah terbabit, menurut Sa, dia
ingin mendapatkan pekerjaan setelah tidak lagi tinggal bersama kedua
ibu bapanya di Bachok selepas dihalau keluar akibat perbalahan adik
beradik.
“Kehidupan kami umpama kais pagi makan pagi kais petang makan petang.
Saya adalah anak kelapan daripada sembilan beradik. Kehidupan yang daif
memaksa kami untuk mencari pekerjaan sendiri demi mendapatkan sesuap
nasi.
“Saya juga terpaksa berhenti sekolah sejak darjah enam lagi dan turut
mencari pekerjaan sendiri termasuk bekerja di kedai makan di merata
tempat untuk menyara keluarga,” katanya.
Sa ditemui pemberita pada majlis sambutan hari raya bersama penghuni
penjara di Blok Wanita Penjara Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.
Hadir dalam majlis terbabit, Pengarahnya, Zawari Abd Rashid serta Timbalan Penguasa Penjara, Rosliza Ishak.
Selepas rakan lelakinya yang baru dikenali terdapat pekerjaan di Kota
Bharu, dia teruja namun tidak mengetahui akan bergelumang dalam kancah
pelacuran.
Namun segala-galanya terlambat apabila dia telah diserahkan kepada bapa
ayam dan bermulalah kehidupannya sebagai ‘kupu-kupu malam’ yang terus
membawa dirinya semakin hanyut dengan wang yang mudah diperolehi dari
lelaki-lelaki yang melanggannya.
“Memang nampak mudah, apabila saya hanya perlu melayan lelaki yang
datang mendapatkan khidmat saya dan selesai tugas, saya dibayar mengikut
harga yang ditetapkan.
No comments:
Post a Comment