Saya langsung tidak berfikir mengenai bola sekarang - Piya
"Saya saksikan sendiri dua mangsa banjir tenggelam di depan rumah saya beberapa hari lalu. Saya cuba nak bantu tetapi arus air terlalu kuat. Saya cuma dapat lihat mereka terkapai-kapai hanyut.
Situasi banjir ini sangat kritikal. Rumah lama saya berdekatan hotel Grand Riverview musnah sama sekali. Ahli keluarga saya di merata-rata tempat, ada di pusat pemindahan banjir dan ada yang tinggal bersama saya.

Rakan-rakan saya
turut merana. Seorang daripada mereka kehilangan lima kereta dalam
tragedi ini. Seluruh Kota Bharu tenggelam. Ia tidak hujan di sini,
tetapi hujan lebat serta limpahan air dari Gua Musang dan Kuala Krai
menyebabkan air turut melimpah di bandar Kota Bharu. Begitu teruk
sehingga kita tidak boleh memandu di bandar.
Walaupun kita dah biasa dengan musim tengkujuh di hujung tahun, apa
yang berlaku sekarang amat luarbiasa dan sangat kritikal. Saya tidak
pernah mengalami situasi begini sepanjang 32 tahun tinggal di Kelantan.
Saya langsung tidak berfikir mengenai bola sekarang. Stadium kita tenggelam. Air di hospital Kota Bharu pada paras pinggang. Pesakit kritikal dipindahkan dengan bot dan helikopter.
Saya langsung tidak berfikir mengenai bola sekarang. Stadium kita tenggelam. Air di hospital Kota Bharu pada paras pinggang. Pesakit kritikal dipindahkan dengan bot dan helikopter.
Ramai yang cuba
menyelamatkan diri, pergi ke kawasan tinggi. Rakan saya beritahu, paras
air di Gua Musang telah surut, tetapi jika hujan turun berterusan,
situasi akan menjadi lebih buruk.
Saya berharap Kelantan akan
menerima bantuan segera daripada semua pihak yang berkenaan. Saya berdoa
dan memohon simpati daripada Allah SWT. Mungkin ini ujian daripadaNya
dan ujian ini benar-benar satu ujian yang berat.
Saya berharap
orangramai akan bersatu untuk Kelantan. Kita mesti yakin keadaan akan
jadi lebih baik. Saya minta semua rakan senegeri saya, rakyat Kelantan
supaya tabah dan bersabar.”
Mohd Badhri Mohd Radzi
Ketua Pasukan Kelantan
Pemain bolasepak Kebangsaan
Temuramah bersama Nicolas Anil, Malay Mail, 28 Disember 2014
No comments:
Post a Comment