Agensi Berita Nasional Indonesia Antara melaporkan pesawat AirAsia
penerbangan QZ8501 terhempas kira-kira 145 kilometer dari Pulau
Belitung.
Menurut Jakarta Post, berita itu memetik pegawai agensi mencari dan
menyelamat Indonesia (Basarmas). Tweet sistem teleisyen China CCTV
berkata pesawat dijumai di timur Pulau Belitung.
Sementara itu, Kompas TV yang memetik penganalisis penerbangan John
Brata berkata, seharusnya pesawat ini mudah ditemukan kerana ia terbang
di atas pulau atau proisi yang banyak radar penerbangannya.
Bagaimanapun, Penerbangan Kementerin Udara dan Perhubungan, Indonesia,
Djoko Murjatmojo tidak mahu membuat sebarang andaian berhubungan nasib
pesawat AirAsia penerbangan QZ8501 yang dilaporkn hilang sejak pagi
tadi.
Katanya, setakat ini, pihaknya masih belum mendapat sebarang maklumat
mengenai keadaan pesawat itu dan menegaskan bagawa operasi mencari
sedang giat dijalankan.
Beliau berkata, meskipun sudah ada berita yang menyebut bahawa pesawat
jenis Airbus itu jatuh di Belitung Timur, namun pihaknya belum
memastikan lokasi tersebut. MYMEDIAHUB
No comments:
Post a Comment