Pelakon dan pelawak popular Zizan Razak menyatakan hubungan cintanya dengan kekasih yang juga merupakan pelakon Emma Maembong masih baik sekaligus menafikan gosip kononnya mereka dikatakan sudah berpisah.
"Kami di sini baik-baik sahaja. Terima kasih rakyat Malaysia yang sentiasa mendoakan yang baik untuk hubungan kami berdua," ujarnya yang dipetik dari mStar.
Pada masa sama, Zizan yang memuat status berkenaan di laman sosial Facebook miliknya turut menyatakan cintanya terhadap Emma. "Emma Maembong sentiasa saya cintai. 'You always in my heart."
Terdahulu, menerusi ruangan gosip sebuah akhbar mingguan telah mendakwa Zizan dan Emma sudah berpisah sejak sebulan yang lalu dan Emma dikatakan sudah mempunyai pengganti iaitu Kamal Adli yang juga merupakan gandingannya dalam drama "Syurga Tanpa Cinta".
No comments:
Post a Comment