“Dia
(suspek) masuk ke bilik tidur saya dan menekup muka menggunakan kain
sebelum cuba menyentuh kemaluan saya,” kata adik Nurul Amin Mohamed
Ishak yang hanya mahu dikenali sebagai Alya, 15.
Menurutnya,
dalam kejadian jam 2 pagi Khamis lalu, suspek yang juga rakan abangnya
memasuki kediaman mereka dalam keadaan mabuk bersama seorang lagi
rakannya. “Mereka memang sering datang ke sini. Bagaimanapun, pada malam
kejadian mereka berkelakuan pelik dipercayai akibat mabuk.
“Ketika seorang lagi rakannya tidur di ruang tamu, dia menyelinap masuk ke bilik sebelum cuba merogol saya,” katanya.
Alya berkata, dalam kejadian itu, dia meronta dan berjaya meloloskan diri, manakala suspek melarikan diri bersama rakannya.
“Saya memaklumkan kejadian itu kepada ibu sebelum sampai ke pengetahuan abang.
“Berikutan
itu, abang (Nurul Amin) mencari suspek, namun tidak menemuinya
hinggalah mereka bertemu di satu kawasan di bandar Kluang, malam
kelmarin.
“Sebaik menemuinya, abang membawa rakannya itu ke
kawasan stor berhampiran rumah kami untuk berbincang sebelum keadaan
menjadi tegang,” katanya.
Harian Metro difahamkan, mangsa yang
bekerja sebagai buruh kasar di sini dipercayai maut akibat parah pada
lehernya selepas dikelar menggunakan objek tajam.
Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kehilangan banyak darah sebelum dihantar ke Hospital Kluang.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali
ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan
berkata, akan membuat sidang akhbar hari ini.
No comments:
Post a Comment