December 18, 2014

"Jatuh Ditimpah Tangga" - Penyebaran Gambar B@gel Nur Fatihah Viral Dalam WeChat.

KUALA LUMPUR - Selepas lebih dua bulan memutuskan hubungan cintanya bersamateman lelakinya, seorang gadis berusiah 25 tahun kini menjadi mangsa dendam bekas teman lelakinya itu apabila gambar-gambarnya dalam keadaan aib kini disebarkan di laman sosial.
Tambah malang lagi, ibarat jatuh ditimpah tangga, walaupun laporan polis sudah dibuat, ibu mangsa mendakwa anggota polis memalukan kepada beliau bahawa teman lelaki anaknya itu datang dari keluarga yang berpengaruh, justeru seolah sukar diambil tindakan.
Mangsa, Nur Fatihah Idris, 25, memberitahu dia dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa bekas teman lelakinya itu yang dikenali sebagai Irfan memuat naik gambar-gambar dia sedang berkembang memakai tuala ke dalam laman sosial facebook pada 2 Desimber lalu.
Sehari kemudian gambar b@gelnya pula turut diviralkan menerusi aplikasi permesejan WeChat dengan menggunakan nombor telefon milik Fatihah sendiri. Kata Fatihah, akibat perbuatan lelaki itu, dia dan keluarganya kini menanggung malu. Saya tidak tahu mana saya nak letak air muka saya ini angkara perbuatan Irfan itu. "Meskipun gambar yang dimuat naik di internet itu hanya saya sedang bertuala tetapi ia sudah sukup untuk memalukan saya," kata Nur Fatihah.
Fatihah turut mendakwa, sepanjang perkenalan dengan Irfan dia mendapati lelaki itu turut terlibat dengan penyalahgunaan dada serta beberapa kes jenayah lain di Johor Bahru.
Sementara itu, ibu Fatihah, Fatimah Ismail, 50, mendakwa beberapa anggota polis di balai tempat Fatihah membuat laporan mengatakan bahaea lelaki terbabit adalah daripada keluarga berpengaruh.
Mereka berkata, seorang daripada abang lelaki itu adalah Exco dalam sebuah parti politik terkenal manakala bapanya pula pemilik sebuah syarikat berkaitan Teknologi maklumat. "Saya sungguh terkejut mendengar apa yang dikatakan oleh anggota tersebut yang seolah-olah mahu mengatakan bahawa lelaki itu kebal daripada dikenakan tindakan undang-undang," katanya.
Fatimah berkata, dia tidak menyangka bekas teman lelaki anaknya itu sanggup melakukan perkara terkutuk yang menjatukan maruah keluarganya.

No comments:

Post a Comment