Aktiviti
lewat malam menghiasi diari hari minggunya dengan mengunjungi kelab
malam. Namun, dia memberitahu, dia bukanlah jenis gadis yang terlalu
liar dan hanya mengunjungi kelab malam bersama teman-teman perempuannya
yang lain.
Arin bernekad untuk mencari wang bagi membeli komputer riba yang baru.
Namun, mendapat wang sehingga RM3,000 bagi pelajar adalah sesuatu yang sukar.
Pelajar jurusan komunikasi itu akhirnya
mendapat ilham setelah melihat seorang rakannya yang diulit kemewahan
hasil pekerjaan sebagai gadis pengiring dan pegawai perkhidmatan
pelanggan (GRO) di sebuah pusat karaoke mewah di ibu negara.
“Kawan saya itu sangat mewah. Dia jadi
GRO ada gaji tetap. Tugas dia melayan tetamu yang datang ke pusat itu
yang kebanyakannya warga asing.
“Jika ada pelanggan yang mahu membawanya
bermalam di luar (kebiasaannya hotel) bayaran tambahan akan diberi
kebiasaannya melebihi RM1,000 semalam. Bayangkan berapa pendapatan yang
dia boleh dapat sebulan,” ujarnya.
Oleh kerana terlalu terdesak untuk mendapatkan wang, Arin menawarkan diri untuk bekerja di situ secara separuh masa.
Tidak dinafikan, perasaan takut mula
menyelubungi pada hari pertama bekerja di situ. Selepas tiga hari, dia
mendapat tempahan untuk dibawa bermalam.
Pelanggan akan menjemput di hadapan pusat tersebut selepas selesai waktu bekerja dan akan menghantarnya semula selepas selesai.
Pengalaman pertamanya adalah dengan
pelanggan dari Korea. Selepas selesai melakukan hubungan seks dan
berehat seketika, dia dihantar semula ke pusat karaoke tersebut.
“Bila mula-mula dapat duit memang rasa
seronok sangat tapi perasan sedih hanya tuhan sahaja yang tahu. Kita
bersama dengan orang yang tidak dikenali dan mereka akan melayan kita
seperti haiwan.
“Maklumlah, mereka membayar kita ribuan
ringgit. Masa tu rasa diri ni hina sangat. Mereka kasar terutama
pelanggan dari negara Timur Tengah. Mereka buat apa saja yang mereka
suka,” katanya.
Menurut Arin, bila melihat wang yang
banyak dia tidak merungut. Walaupun duit yang diperlukan untuk membeli
komputer riba sudah mencukupi, dia menjadi seperti gian mahukan jumlah
yang lebih banyak.
Wang tersebut digunakan untuk membeli pakaian, barang perhiasan dan juga bersukaria bersama teman-teman.
Namun, apabila tamat peperiksaan akhir,
Arin pulang ke pangkuan keluarga. Ketika itu dia terpaksa meninggalkan
pekerjaan mewahnya itu.
Sejurus pulang ke rumah ibunya, Arin
secara automatik berasa dirinya sangat kotor dan perasaan tersebut tidak
pernah muncul dalam dirinya sepanjang 45 hari dia bergelumang sebagai
pelacur kelas atasan.
“Pelacur kelas atasan?!… Bila fikirkan balik saya rasa nak menjerit sahaja. Tak sangka saya sanggup melakukannya,” ujarnya lagi.
No comments:
Post a Comment