December 08, 2014

Nyanyian Fynn Jamal Buat Orang Ramai Menangis?

Fynn Jamal. Nama yang penuh dengan kontroversi. Namun tak boleh dinafikan yang lagu-lagu ciptaannya amat seram. Antara lagu yang sering menjadi siulan ramai ialah Arjuna Beta. Liriknya memang puitis. Kasih sayang dan nasihat seorang ibu kepada anaknya diceritakan dalam bait-bait lirik yang penuh emosi di dalam lagu ini. Melodinya pun boleh tahan jugak.
Untuk makluman, lagu Arjuna Beta telah pun dipersembahkan oleh Fynn Jamal ketika separuh akhir Muzik-Muzik pada hari Jumaat lalu. Memang power persembahan yang ditunjukkan. Penuh emosi. Sampai keluar air mata. Berdasarkan reaksi di laman sosial, ramai juga para penonton turut sama menangis mendengar Fynn Jamal menyanyikan lagu ini. Memang terbuai dek emosi. Mantap!!


Sekiranya Fynn Jamal dapat masuk ke AJL29, diharap persembahan yang lebih kurang serupa atau lebih power akan dipersembahkan. Mana tahu ada rezeki boleh menang lagu terbaik. Pasti nama Fynn Jamal akan meletup lagi selepas ini. Apa pendapat korang? Ada x pembaca RMW yang turut sama menangis mendengar nyanyian Fynn Jamal baru-baru ini?

No comments:

Post a Comment