Seperti yang kita ketahui, ekpedisi ke Bulan yang dianggotai oleh Neil Amstrong pada tahun 1969 yang lalu telah membuktikan bahawa tiada kehidupan asing yang hidup di Bulan..Namun, bagaimana pula kisah nya pada 200,000 tahun yang lalu ditambah pula dengan penemuan patung yang hampir menyerupai wanita di permukaan Bulan?
Sebuah catatan daripada pihak saintis baru sahaja membuktikan bahawa
permukaan Bulan pada suatu ketika pernah dihuni dengan kehidupan asing.
Hal itu telah dibuktikan berdasarkan penemuan sebuah arca bersaiz 10
inci di permukaan Bulan.
Pakar geologi, Dr. Morris Charles menceritakan bahawa batu aneh tersebut
telah dibawa ke makmal penyelidikan NASA sejurus selepas kepulangan
ekspedisi Apollo 11 pada tahun 1969. Dr. Charles merupakan salah seorang
penyelidik NASA yang telah bekerja selama 23 tahun sebelum akhirnya
mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Walaubagaimanapun, dia
masih tetap menjaga hubungan dengan pihak tempat dia bekerja dahulu.
“Arca tersebut meningkatkan perasaan ingin tahu kita. Ini bererti pada
suatu waktu dahulu, atmosfera di Bulan boleh menyokong kehidupan. Selain
daripada itu, arca tersebut juga menunjukkan nilai estetika yang indah
dari masyarakat yang membuatnya,” kata Dr.Charles kepada pemberita.
Arca yang dikenali sebagai “Angel” atau bidadari itu diperbuat daripada
kombinasi besi khusus yang boleh ditemui secara ekslusif di beberapa
tempat mengikut ketinggian tertentu di bulan. “Angel” merupakan arca
yang menyerupai perempuan memiliki sayap di bahagian belakang dengan
rambut yang panjang.
Terdapat juga kemungkinan yang arca “Angel” didatangkan khusus daripada
planet lain. Berdasarkan analisis radiokarbon, pakar geologi berpendapat
bahawa arca tersebut telah berusia lebih dari 200,000 tahun, yang
berkemungkinan ia dibuat 170,000 tahun sebelum spesies manusia muncul di
Bumi.
Dr. Miles Fredericks dari Universiti New York ada membuat kajian
mengenai teori legenda orang Sumeria yang menceritakan tentang Annunaki,
dewa-dewa bersayap, yang berasal dari abad 18 SM. Mungkin juga orang
Sumeria pernah dikunjungi penghuni bulan, yang rupanya hampir sama
dengan imej dari arca “Angel”.
Walaupun terdapat banyak persoalan yang menyelubungi misteri figura
“Angel”, tetapi sebahagian masyarakat mempersoalkan mengapa rahsia
tersebut disimpan begitu lama. “Artifak ini telah menjadi rahsia umum
kepada pihak NASA selama bertahun-tahun. Namun pihak NASA terpaksa
menyimpan rahsia ini bagi mencegah masyarakat dunia daripada menjadi
panik.
No comments:
Post a Comment