Seorang pelakon berstatus janda berusia 33 tahun yang sinonim dengan
filem seram dicekup oleh sepasukan anggota penguat kuasa selepas
dipercayai berkhalwat bersama pasangannya di sebuah kondominium, Ukay
Perdana dekat sini, awal pagi tadi.
Tangkapan dilakukan dalam
satu siri serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS) pada 3.23 pagi ini kediaman pelakon itu berdasarkan maklumat
orang awam.
Sumber berkata, kedua-dua pasangan berkenaan ditahan
selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen menunjukkan mereka mempunyai
sebarang ikatan mahram.
Difahamkan, pelakon mempunyai tiga anak
itu dilaporkan pernah membintangi beberapa filem tetapi cukup sinonim
dengan filem seram dan watak hantu serta membintangi sebuah filem yang
berjaya meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM8 juta dan menerima
pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) pada 2011.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad
mengesahkan menerima laporan 3.44 pagi dan menyerahkan kes itu kepada
JAIS untuk siasatan lanjut.
No comments:
Post a Comment