December 18, 2014

Penduduk kampung gempar dengan penemuan objek aneh umpama keris kecil warna emas


Penduduk kampung gempar dengan penemuan objek aneh umpama keris kecil warna emas | Penduduk Kampung 
Redong, Langke Rembong 
di sini digemparkan dengan 
penemuan sebuah objek aneh mirip batu mustika 
putih berbentuk bujur yang 
mempunyai keris kecil 
berwarna emas di dalamnya. Hasil tinjauan portral 
VIVAnews, keris itu berukuran 
panjang kira-kira 13 sentimeter dengan berat mencapai 500 gram. Pemilik objek aneh itu, Mining Jeharum berkata, batu bujur 
itu dijumpai anak keduanya, 
Nino yang berusia lapan tahun 
dan anak saudaranya Soni, 15, 
ketika sedang menggali lubang tandas di belakang rumahnya 
pada 4 Disember lalu.

“Ketika menggali pada 
kedalaman dua meter, penggali yang mereka gunakan 
terkena objek yang mulanya 
disangka batu. “Namun setelah dikutip dan dibersihkan, benda yang disangka batu itu sebaliknya berwarna 
putih pucat dan di tengahnya 
terdapat keris kecil berwarna emas,’’ kata Mining. Kata Mining, Soni dan Nino selepas itu cuba memecahkan batu itu bagi mengambil keris di dalamnya, namun tidak berjaya meskipun mereka menggunakan tukul besi.


Menurutnya, dia tidak 
didatangi tanda-tanda aneh 
mahupun bermimpi sebelum 
batu bujur itu ditemukan. “Kami tidak mahu penemuan ini dikaitkan dengan perkara 
mistik. Suami saya pada mulanya tidak mahu menghebohkan 
penemuan objek itu,’’ katanya 
sambil menambah, dia dan 
suaminya tidak akan menjual 
objek aneh tersebut. Dalam pada itu, tinjauan VIVAnews mendapati penduduk kampung sudah mula 
mengunjungi kediaman 
Mining bagi melihat objek 
aneh itu. -AP

No comments:

Post a Comment