Seorang lelaki yang bernama Lye datang ke stadium untuk menonton
permainan American Fotball, namun dia terheret dalam kecurangan dalam
percintaan satu pasangan di stadium.
Ianya terjadi apabila Lye terlihat seorang wanita yang sedang sarat
mengandung membalas mesej romantis dengan lelaki lain dalam telefon
bimbitnya sedangkan teman lelakinya sedang berkepit di sebelah.
Lye kemudiannya dengan selamba membongkarkan kecurangan wanita tersebut
apabila selepas perlawanan berakhir Lye menyerahkan satu nota kepada
teman lelaki wanita tersebut yang menyatakan teman wanitanya sedang
berlaku curang dengannya dengan tergamak bermain ayat cinta dengan
lelaki lain bernama Jason serta menyuruh lelaki tersebut memeriksa
telefon bimbit wanita itu.
Lye menyatakan dia mengambil tindakan itu kerana berasa bengang dengan
manusia yang suka menipu dan memperkotak-katikan perasaan insan lain.
Kisah nota Lye kepada lelaki tersebut terus menjadi viral di media sosial.
No comments:
Post a Comment