[TONTON VIDEO ONLINE STREAMING DAN ULASAN / REVIEW] Maharaja Lawak Mega 2014 sudah masuk minggu ke-5 dengan masih 12 peserta kekal dalam pertandingan ini. Tema bagi minggu ini adalah Bebas, mungkin kerana prestasi kebanyakan peserta merudum untuk membuat lawak mengikut tema, maka kali ini diberikan kebebasan kepada peserta. Sepanjang MLM2014, bagi aku BOCEY dan ZERO agak outstanding, NABIL dan SEPAHTU di paras konsisten manakala VIRUS dan SHIRO grafnya naik sikit tapi turun banyak. So harap2 dengan kebebasan ini, peserta tidak lagi terikat dengan apa2 tema dan dapat memberikan persembahan yang thorbaik.
* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...
- HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
- HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
- HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
- HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
- LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
- LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
- ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.
1. EKZOS (Laugh-O-Meter: HAHA)
Intipati Lawak: Lawak mat pit curi jual barang, lawak kasar, lawak gangster.
Komen: Kali ni diorang tak buat lawak kampung lagi, namun percubaan mereka kali ni bukannya teruk cuma sekadar menghiburkan sahaja.
Rating Juri: 3 bintang
2. COMEY (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Intipati Lawak: Lawak tukang gunting rambut, lawak lelaki lembut, lawak bahan orang, lawak lagu.
Komen: Comey adalah kumpulan favorite terbaru. Jalan cerita tersusun, semua punchline memang kena pada plot, tambah pula dengan Ropi yang boleh buat orang gelak hanya dengan trademark2 dia seperti bunyi dan ayat pelik2 serta ketawanya yang macam harem.

Rating Juri: 5 bintang
3. NABIL (Laugh-O-Meter: LMAO)
Intipati Lawak: Lawak stand up comedy, lawak kehidupan peribadi, lawak olahan perkataan Berani dan Gila.
Komen: Aku betul2 suka bila Nabil bercerita pasal kehidupan peribadi dia, pasal kak Jah, pasal orang kampung, sebab dengan2 cerita2 tu la Nabil jadi seperti sekarang. Cuma kali ni cerita dia agak panjang macam tak sempat nak habiskan.

4. SHAKE (Laugh-O-Meter: LMAO)
Intipati Lawak: Lawak hutan Amazon, lawak bahan orang, lawak ganas.
Komen: Sketsa Shake memang lawak, gila selamba dan spontan. Memang Amir wujud dalam pertandingan ni untul dibahan. Dia tak payah cakap banyak sebab kalau dia cakap orang tak gelak sangat, cukuplah dia kena bahan dengan Bell je.

5. ZERO (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO)
Intipati Lawak: Lawak main kompang, lawak overacted, lawak lagu, lawak tarian, lawak bahan, lawak merapu.
Komen: Diorang meletak lawak merapu meraban ke satu standard yang lebih tinggi, malah karakter setiap ahli juga dah semakin kuat. Jalan cerita yang simple, tapi punchline tak henti2 buat orang gelak.

6. SYJ (Laugh-O-Meter: LOL)
Intipati Lawak: Lawak orang tua, lawak perompak, lawak kasar.
Komen: Jalan cerita ada, punchline pun ada, cuma starting dia aku rasa tak selesa sikit sebab buat lawak pasal orang tua yang sakit dan cacat.
Komen: Jalan cerita ada, punchline pun ada, cuma starting dia aku rasa tak selesa sikit sebab buat lawak pasal orang tua yang sakit dan cacat.

Rating Juri: 5 bintang
7. WALA (Laugh-O-Meter: HEHE)
Intipati Lawak: Lawak mat fit, lawak jual barang, lawak loyar buruk.
Komen: Feeder dia tak berapa pandai nak feed, lupa skrip dan tersasul. Lawak pulak lebih kurang kumpulan Ekzos.

Rating juri :3 bintang
8. JALOR (Laugh-O-Meter: LOL)
Intipati Lawak: Lawak orang gila sakit mental, lawal pantun viral, lawak ujian.
Komen: Diorang buat lawak budak bertopeng buat lawak pantun bodoh pergi ke kedai beli rokok, kedai tutup yang viral tu, ya memang kelakar, tapi hanya kelakar bagi orang yang faham yang pernah tengok video tu. Bagi yang tak tau lawak pantun tu, memang akan blur apa benda yang kedai tutupnya. Cuma aku bagi kredit kepada kumpulan Jalor sebab dah tak buat lawak prop teknikal seperti minggu2 sudah.

Rating juri :4 bintang
9. VIRUS (Laugh-O-Meter: LOL)
Intipati Lawak: Lawak orang kaya, lawak kasar, lawak kering.
Komen: Lawak diorang kali ni ada jalan cerita yang betul2 jalan cerita berbanding2 minggu lepas. Bagi aku ada peningkatan sebab mereka saling feed dan kill antara satu sama lain, cuma aku masih dibayangi dengan persembahan minggu ke-2 diorang yang lawak gila tu.

10. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL)
Intipati Lawak: Lawak budak sekolah, lawak pertuturan orang India.
Komen: Bocey menggunakan semula karakter ulangan orang India. Kekuatan lawak diorang hanya pada skrip, lakonan dan dialog tanpa terlalu banyak kostum dan prop. Cuma untuk minggu ni, walau lawak namun tiada sesuatu yang baru dan kelainan dalam persembahan mereka.

11. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LOL)
Intipati Lawak: Lawak orang miskin, lawak gaduh, lawak marah2, lawak prop.
Komen: Walaupun Sepahtu memang lawak, aku tak berapa suka kenapa bila Sepahtu buat lawak berdua mesti nak buat babak gaduh2 dan jerit2. Aku harap minggu2 akan datang diorang tak gaduh dan jerit2 lagi memandangkan lepas ni mereka hanya akan membuat persembahan berdua kerana Pak Ya dinasihatkan doktor untuk berehat panjang atas masalah kesihatan. Tapi kesanggupan diorang jatuhkan rumah jamban tu memang menunjukkan diorang serius nak menang.

12. SHIRO (Laugh-O-Meter: LOL)
Intipati Lawak: Lawak doktor, lawak loyar buruk, lawak sedih.
Komen: Macam biasa lawak Shiro adalah lawak budak2 baik. Lawak baik ni memang bagus, cuma lawak2 jahat biasanya lebih kelakar dan disukai ramai. Dan satu yang aku perasan, sketsa Shiro selalu ada pintu.

Man of The Match: Achey Bochey
Peserta yang tersingkir: WALA dan EKZOS
Peserta yang tersingkir: WALA dan EKZOS
No comments:
Post a Comment