Seorang
pelakon berstatus janda berusia 33 tahun yang sinonim dengan filem seram
dicekup oleh sepasukan anggota penguat kuasa selepas dipercayai
berkhalwat bersama pasangannya.
Nama pelakon
Putri Mardiana Zainal Abidin dikaitkan dengan berita ‘Aktres Janda Anak
Tiga Ditangkap Khalwat’ seperti yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan.
Menurut
individu yang mahu namanya dirahsiakan, Putri Mardiana telah ditangkap
bersama pasangannya yang dikenali sebagai Shahrizam Abdullah kira-kira
jam 3.23 pagi Ahad di kediaman aktres tersebut di sebuah kondo di Ukay
Perdana.
Tangkapan
dilakukan dalam satu siri serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama
Islam Selangor (JAIS) di kediaman pelakon itu berdasarkan maklumat orang
awam.
Sumber
berkata, kedua-dua pasangan berkenaan ditahan selepas gagal menunjukkan
sebarang dokumen menunjukkan mereka mempunyai sebarang ikatan mahram.
Difahamkan,
pelakon mempunyai tiga anak itu dilaporkan pernah membintangi beberapa
filem tetapi cukup sinonim dengan filem seram dan watak hantu.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad
mengesahkan menerima laporan 3.44 pagi dan menyerahkan kes itu kepada
JAIS untuk siasatan lanjut.
No comments:
Post a Comment