beritahariann.org
-Suami Ke Mekah, Isterinya Berzina | Dia seorang ustazah bertudung labuh
yang mempunyai kelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di
Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah
rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang
disegani di daerah tersebut.
Namun, di sebalik perwatakan
lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang
di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang
duda sebayanya yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.
Ustazah
yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama
itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami
sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan
lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.
Tembelang
ustazah terbabit pecah apabila dia ditangkap khalwat ketika
berdua-duaan dengan duda itu baru-baru ini dan mereka dilaporkan
mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai
yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan berpakaian lengkap.
Lebih
menyedihkan, ketika kejadian, suaminya sedang berada di Makkah untuk
menunaikan haji. Sejurus ditangkap berkhalwat, ustazah tersebut
menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian dan terus meminta cerai.
“Wanita
itu bertemu dengan duda yang juga bekas rakan sekolahnya ketika
perlawanan boling pada awal tahun lalu dan sejak itu hubungan mereka
semakin rapat apabila lelaki itu menjadi tempatnya mencurah perasaan dan
menagih simpati.
“Ustazah itu memberitahu duda terbabit
kononnya dia tertekan kerana suami berkahwin lain sedangkan sebelum ini,
dia sendiri bersetuju serta membenarkan suaminya berpoligami dan mereka
sama-sama ke mahkamah untuk menguruskan perkahwinan itu.
“Sebagai
seorang yang ada latar belakang agama, hubungan dengan lelaki lain
bukan cara untuk mengatasi tekanan lebih-lebih lagi dia masih berstatus
isteri orang dan perhubungan itu mendekatkan mereka dengan maksiat,”
katanya.
Selepas ditangkap, duda itu pula mengaku dia
pernah terlanjur dengan wanita terbabit tetapi di pihak ustazah
terbabit, dia masih mahu menegakkan benang basah dan menyebarkan berita
kononnya dia dianiaya.
Demi menjaga nama baik keluarga
dan maruah isteri, suami ustazah terbabit membuat pengakuan kononnya
membenarkan duda terbabit menjemput isterinya yang baru pulang daripada
rombongan sekolah sebelum mereka ditangkap khalwat.
No comments:
Post a Comment